Wednesday, January 25, 2017

Pencarian Bloglist Blog Baru by Farhana Jafri



Assalamualaikum wbt.. 

Saya nak menjemput awak untuk join segmen daripada blogger Farhana Jafri yang nak mencari blogger untuk dimasukkan dalam bloglist beliau..

Jadi, dia mintak peserta untuk menceritakan perjalanan sebagai seorang blogger...

Al-kisahnya jurnal nie, jap..jap.. mesti awak pelik kan kenapa saya tukarkan nama blog sebagai jurnal..Sebenarnya saya lebih suka memanggil perkataan jurnal berbanding blog.. hihi
Okey, straight to the point, perjalanan saya sebagai seorang blogger adalah bermula pada April 2010.. Pada asalnya saya dan sahabat saya a.k.a. ketua unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM memberi bayangan untuk menyebarkan maklumat dan informasi kebombaan di dalam media massa selain daripada laman web rasmi JBPM.. 
Lalu, saya mencuba untuk membuat satu laman blog untuk Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, bila dah godek-godek dengan coding maka tercetuslah idea saya untuk membuat jurnal peribadi.. Tujuan utamanya adalah saya memang suka menulis dalam buku diari dan sekarang nie kan teknologi semakin canggih, jadi tak salah kalau saya nak menulis dalam bentuk e-diari jugak kan.. 
Pada mulanya followers tak begitu ramai tapi sejak kali pertama saya masuk giveaway anjuran salah sorang blogger pada 23 November 2015, saya begitu teruja dengan kenaikan mendadak angka followers dan ada antara mereka yang sudi tinggalkan nota dalam jurnal saya.. Terima kasih saya ucapkan pada awak semua kerana sudi singgah ke sini.. 
Sejak tahun 2010, pelbagai variasi dan template saya gunakan kerana saya cepat rasa bosan dengan penggunaan template yang kadang kala menyakitkan mata, tapi kini saya berasa amat bangga dengan template yang ada sekarang dan Insha Allah saya akan kekalkan penggunaan template ini yang boleh dikatakan mesra telefon.. 
Dalam jurnal nie, saya coretkan pelbagai kisah diri, tapi bukan semua yang boleh saya kongsikan.. Saya jugak ada menyelitkan pelbagai informasi yang mungkin ada di antara kita belum mengetahui informasi yang saya nak sampaikan tue.. Yealah, setelah menyelak majalah dan akhbar yang memaparkan pelbagai informasi, saya akan masukkan informasi tue dalam blog Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi .. Bak kata orang sambil menyelam kita minum air, saya selitkan jugak informasi tue dalam jurnal saya.. Bukanlah niat di hati untuk menunjuk-nunjuk tapi cuma nak berkongsi informasi dengan sesiapa yang membaca jurnal saya nie.. 
Itulah kisah perjalanan saya..

Saya nak tag.. 

  Kak Nurzakiah Hanum
  Kak Aida Hanafiah
  Jun Zie


Best of luck..

8 comments:

  1. jurnal... yes. nice word used, shikin.
    okeh. akak join gak jap lg.
    tq for tagging ekk...

    ReplyDelete
  2. sha pun joint juga..
    Bila follower makin ramai bila joint ga memang best kan shikin..

    ReplyDelete
  3. hikhik best baca! goodluck sis shikin ;)

    ReplyDelete
  4. trima Kasih tag ju =D
    wish u luck =D

    ReplyDelete
  5. masa blog first dulu jarang join contest. sekarang baru pandai nak join sana sini. hihi. terima kasih tau join contest ni. Senarai peserta dah update dah :) https://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/assalamualaikum-hai-to-all-of-you-guys.html

    ReplyDelete
  6. Salam Perkenalan juga..ehehe Good Luck...

    ReplyDelete
  7. hi hi ^^ tenkiu sudi follow belog urang brunei

    done follow sini #506

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧