Monday, January 09, 2017

Renungan..

Image result for islamic parents
Assalamualaikum wbt..
Semoga cerita ini menjadi panduan kepada kehidupan kita..

*Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah
anak-anak adalah rumah ibu bapa..*
*Anak- anak boleh bebas dalam rumah ibubapa*
*Makan apa sahaja...*
*Tengok siaran tv ikut suka...*
*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*

*Tapi...*
*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*
*Tak boleh masak sesuka hati...*
*Makan apa yang ada dlm peti ais ikut suka.....*
*Buat apa sahaja ikut suka....*
*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*

*Begitu juga...*
*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*
*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....*
*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*
*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*

*Tapi...*
*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*
*Apatah lagi dengan sesuka hati.*
*Takut rosak lah...*
*Takut langgar lah...*
*Takut calar lah.....*
*Kalau guna pun...*
*Pastikan minyak penuh semula.....*
*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak- anak....*

*Itulah bezanya ibu bapa dengan anak- anak....*
*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*

*Tetapi anak-anak...*
*Belum tentu mengasihi ibubapa....*

*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*
*Mereka ada masa untuk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila mereka memerlukan...*

*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*
*Tetapi mereka tiada masa untuk bercuti menziarahi ibubapa yang rindukan mereka...*

*Mereka sayang ambil cuti untuk melawat ibu bapa...*
*Sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...*
*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...*

*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada..*

*Tetapi...*
*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*

*Bila isteri/suami bercerita, anak tahu apa yang isteri/suami mereka mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita, anak-anak buat tak faham apa yang ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibubapa takut anak akan terasa*

*Inilah di antara realistik dalam keadaan dunia di akhir zaman ini...*
*Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.

4 comments:

  1. Bila dah jadi parents baru dorang faham perasaan ibu bapa mcm mana. Semoga kita jadi anak yg soleh solehah utk ibu bapa kita. insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Peringatan bersama... Sha setuju dengan Ana..
    Bila dah jadi mak ayah baru kita faham perasaan mak ayah kita..
    Tapi ada je yang tak sedar2.. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan seperti itu..
    Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧