Tahniah kepada semua penerima APC JBPM

Thursday, January 26, 2017

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JBPM yang diadakan di Perbadanan Putrajaya.. Burrpp. Alhamdulillah, kenyang perut nie kerana menikmati jamuan makan yang disediakan..

Hihihi skema btul ayat kat atas nie..

Starlavenderluna's Journal Of Life
Majlis APC disempurnakan oleh Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM dan seramai 69 orang telah menerima anugerah nie..Sepatutnya ada 70 orang tapi salah sorang penerimanya telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu, nak tahu citer, awak baca sini.. Jadi walaupun agak meriah tapi dalam masa yang sama kami semua terasa kehilangan jugak..hmm

Starlavenderluna's Journal Of Life
Tengok menu yang disediakan, memang sedap.. hihi apa yang pasti lauk gulai kambing memang ada dalam list menu makanan kami.. 

Starlavenderluna's Journal Of Life
Kami naik bas untuk ke Perbadanan Putrajaya, kebetulan pulak kat situ ada jualan, so kami berdua sempatlah ber 'makeover' mekap.. hihihi tengok gambar kat bawak tue, yang sebelah kiri awak, kami tak bermekap lagi, sebelah kanan tue kami bermekap.. hihi mesti awak pelik mana kawan saya sorang lagi kan..? Sebenarnya pagi tadi dia memang nak ikut tapi disebabkan alahan teruk, jadi dia tak larat nak ke sana.. 

Apapun tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan staf sokongan yang menerima APC pada tahun 2016...

4 comments

  1. Dulu selalu pergi PPJ buat audit. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    .
    Tahniah pada staf tu
    .
    Semoga bukan saja cemerlang di dunia
    ..
    Tapi di akhirat juga
    .
    Insyaallah

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada semua yg cemerlang..sedapnya gulai kambing..hihihi

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada penerima anugerah... Terus berkhidmat!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧