Monday, February 20, 2017

7 kegunaan cuka yang boleh mengubah laman rumah

Assalamualaikum wbt..
Umumnya kita semua tahu yang cuka putih banyak digunakan di dapur mahupun untuk mencuci. Tapi awak jangan terkejut pulak sebab cuka jugak boleh digunakan untuk laman rumah kita.
Memandangkan cuka putih merupakan bahan natural, jadi kegunaannya takkan membawa kesan negatif pada tumbuhan dan alam sekitar. Jom kita selidik apa kegunaan cuka yang boleh mengubah laman rumah kita..



1. Membersihkan pasu tanah liat
Jika rumah awak masih lagi menggunakan pasu daripada jenis ini, gunakan cuka putih untuk membersihkan ia daripada kekotoran dan kesan cuaca. Gunakan ratio 1 : 4 atau 5 untuk kuantiti cuka : air. Rendam pasu ke dalam bahan ini selama 20 ke 30 minit. Lepas tue, berus pasu tersebut untuk menghilangkan kotoran.


2. Membuang rumpai pada dinding dan laluan laman
Cuka putih boleh mematikan rumpai yang tumbuh pada dinding dan juga laluan di laman. Senang jea caranya, awak cuma sembur cuka putih tanpa dicampurkan dengan air pada rumpai tersebut.

3. Menghalau semut
Cuka putih jugak sangat efektif dalam menghalau semut. Awak cuma perlu mencampurkan cuka (samada cuka putih ataupun cuka epal) bersama dengan air dengan nisbah 1 : 1 dan renjis di tempat laluan atau sarang semut. Bau yang kuat daripada cuka ini akan membuatkan semut mengelak daripada melalui laluan tersebut.

4. Menghalang haiwan daripada mendekati laman
Awak tau tak haiwan perosak seperti tikus, tikus mondok ataupun haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, dan lain-lain tak suka pada bau cuka yang kuat? Awak boleh menghalang mereka nie dengan cara merendamkan kain buruk dengan cuka dan awak letakkan kain tue pada batang kayu di tempat persembunyian atau laluan haiwan ini.

5. Memanjangkan hayat bunga hidup yang dipotong
Siapa sangka cuka jugak boleh digunakan untuk memanjangkan hayat bunga hidup yang dipotong? Caranya, campurkan satu liter air bersama dua sudu besar cuka putih dan satu sudu kecik gula. Lepas tue, rendamkan bunga hidup tadi dengan campuran ini.

6. Menghalang ulat buah
Hindari buah yang sedang masak daripada diserang ulat buah dengan menggunakan umpan cuka. Untuk membuat umpan ini, awak memerlukan satu cawan air, setengah cawan cuka epal, satu per empat cawan gula dan satu sudu besar molases. Campur semua bahan ini dan letakkkannya dalam bekas kosong. Kemudian gantung pada pokok buah yang sedang berbuah. Campuran ini jugak awak boleh gunakan untuk menghalau lalat.
*Molases nie nama saintifik, orang kita panggil ia sebagai 'gula merah'.

7. Membuang karat daripada perkakas laman
Cuka boleh membersihkan perkakas laman daripada berkarat. Apa yang perlu dibuat ialah awak hanya renjiskan atau rendamkan perkakas tersebut ke dalam cuka yang cair dan biarkan ia dalam rendaman selama beberapa minit. Kemudian, awak boleh basuh dan bersihkan perkakas tadi.

Itulah serba sedikit kegunaan cuka yang bukan saja boleh digunakan di dalam rumah, malah di luar rumah juga cuka ini boleh digunakan.

7 comments:

  1. Info yang menarik shikin. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Wah.. Yang no3 tu nanti boleh try..
    TQ for sharing Shikin..

    ReplyDelete
  3. la.. baru tahu!! nice sharing .. blh guna pakai kat umah

    ReplyDelete
  4. No 3 tu saya nak buat, kesian pula semut nanti nak makan apa kan... huhu

    ReplyDelete
  5. ju xtau tips smua ni ! Allah series baru tau selain guna utnuk masakan, byk pula kgunaan cuka

    ReplyDelete
  6. yg saya tau, cuka boleh kurangkan habuk kat rumah πŸ˜„ semua info kat atas tu sy baru tau πŸ˜‰ terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. cuka campur soda bikarbonat = memang sinki takkan tersumbat.
    ari tu sinki aida problem.
    google. jumpa la tips ni.
    sampai skang tak pernah lagi tersumbat :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧