Friday, February 10, 2017

Review filem : 10 Promises To My Dog

Chinese New Year

Assalamualaikum wbt...
Baru-baru nie sempena Tahun Baru Cina, Hypptv telah bukak Channel Ruby Pack selama 12 hari dan salah satu channel yang menarik adalah Channel Red By HBO.. Channel nie menyajikan pelbagai filem yang menarik daripada negara-negara seperti Jepun, Korea, Indonesia dan lain-lain dan salah satu filem yang menarik perhatian saya adalah filem dari negara Jepun yang bertajuk '10 Promises To My Dog'...

Image result for film 10 promises to my dog

Seorang budak perempuan bernama Akari yang diabaikan oleh bapanya iaitu seorang pakar bedah yang sibuk dengan kerjaya. Ibu Akari dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang tidak boleh diubati. Oleh itu, Akari meminta pada mereka untuk mencari seekor anjing sebagai peneman. Pada suatu hari, anak anjing jenis Golden Retriever tidak disangka-sangka muncul dalam taman rumah Akari, dan Akari segera memutuskan untuk mengambilnya. Akari memberi nama sebagai "Socks" atas cadangan ibunya, kerana kaki anak anjing yang bertompok membuat ia kelihatan seperti ia telah memakai stoking putih. Ibunya meminta Akari berjanji bahawa dia akan mengikuti 'Sepuluh Rukun Pemilikan Anjing' sepanjang menjaga Socks. Akari mempunyai rakan lelaki bernama Susumu, yang dilatih oleh keluarganya untuk menjadi seorang pemain gitar profesional. Dengan bantuan Susumu, Socks dilatih untuk menjadi anjing yang sangat setia pada tuannya.

Related imageBeberapa bulan kemudian, ibu Akari meninggal dunia, dan Akari menjadi murung di atas kematiannya selama dua hari. Selepas itu, lehernya menjadi sangat sengit dan dia tidak dapat menggerakkannya. Dengan bantuan Socks, dia menyedari bahawa sakit yang dialaminya ini sebenarnya disebabkan oleh imaginasi sendiri, dan dengan itu, sakitnya itu "sembuh". Akari juga mendapati bahawa Socks sebenarnya diletakkan di taman oleh ibunya. Tak lama kemudian Akari dan bapanya berpindah ke Sapporo kerana bapanya telah diberi jawatan pensyarah di sebuah universiti di sana. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh membawa Socks bersama-sama kerana asrama yang mereka menginap tidak membenarkan membawa haiwan peliharaan. Oleh itu, Akari dengan perasaan berat hati mengamanahkan Socks dalam jagaan Susumu.

Kemudian timbul masalah yang baru apabila Susumu menerima tawaran ke sekolah muzik yang berprestij tinggi di Paris. Pada hari dia nak berangkat, bapa Akari yang sepatutnya bercuti pada hari itu, terpaksa balik ke hospital kerana ada kes kecemasan dan menyebabkan Akari tak dapat berjumpa dengan Susumu. Bapa Akari meletakkan jawatan sebagai pakar kerana dia berasa bersalah pada anak perempuannya yang tak dapat berjumpa dengan Susumu dan mengambil keputusan untuk berpindah semula ke rumah lama mereka di Hakodate dan membuka klinik di rumahnya. Akhirnya Socks kembali bersama dengan keluarga ini dan membesar bersama-sama dengan Akari.

Image result for film 10 promises to my dog10 tahun kemudian, Akari menjadi seorang pelajar universiti dalam bidang veterinar. Akari berjumpa semula dengan Susumu setelah secara kebetulan dia melihat poster persembahan Susumu di bandar. Pada masa ini, Akari merasakan yang Socks mula menyekat diri Akari dan mula mengeluh tentang pengorbanan masa bersama dengan Socks. Selepas Akari menamatkan pelajaran, dia menjadi penjaga zoo di Asahiyama Zoo dan semakin jarang balik ke rumah untuk berjumpa dengan bapanya dan Socks. Tetapi sekali lagi Socks menjadi seekor anjing yang baik apabila anjing itu membantu Susumu untuk bangkit bermain gitar semula selepas Susumu mengalami kemalangan jalan raya.

Image result for film 10 promises to my dogMasa semakin berlalu dan Socks telah meningkat usia dan menjadi lemah. Akari terkejut dengan berita ini dan berjanji akan pulang ke rumah untuk berjumpa, malangnya Akari tak dapat menunaikan janji berikutan jadual kerjanya yang padat. Suatu hari, bapanya menelefon Akari dan meminta dia balik dengan segera berikutan Socks mula nazak. Pada saat-saat akhir kematian Socks, bapa Akari menyerahkan buku jurnal tulisan mendiang ibunya yang menulis mengenai 'Sepuluh Rukun Pemilikan Anjing' dan Akari mula membaca tulisan itu sama ada dia sudah lakukan apa yang tertulis dan janjikan pada 10 tahun yang lalu. Sebaik saja dia membaca rukun yang kesepuluh, Socks mula memejam mata dengan perlahan-lahan dan airmata Socks mula mengalir dan menyebabkan kedua-dua beranak itu menangis dan meratapi kematian Socks.

Image result for film 10 promises to my dogSelepas kematian Socks dan semasa bapa Akari mengemas rumah Socks, dia telah menjumpai beberapa keping gambar yang dikatakan hilang daripada album. Rupa-rupanya selama ini Socks mengambil gambar yang mengandungi mereka sekeluarga dan Socks sendiri dan menyembunyikannya di dalam rumah anjing itu. Selain daripada gambar, bapanya juga menjumpai sekeping surat yang ditujukan pada Akari dan meminta Akari membacanya. Surat itu datangnya daripada mendiang ibu Akari, yang memberitahu bahawa Socks adalah pengganti dirinya walaupun Socks tak dapat hidup lama daripada kehidupan Akari. Mendiang ibunya berkata Akari takkan berasa sunyi kerana ibunya akan sentiasa berada di sisinya dan Akari mula sedar yang bapanya jugak telah banyak berkorban untuk memastikan dirinya sentiasa disayangi. Tak lama selepas itu, Akari dan Susumu telah berkahwin dan semasa Akari berjalan di altar perkahwinan, tiba-tiba angin meniup pada mukanya dan Akari mengetahui bahawa mendiang ibunya dan Socks juga bersama-sama di dalam majlis perkahwinan dia..

Filem nie berjaya membuatkan airmata saya mengalir kerana jalan cerita yang begitu menyentuh perasaan.. Kisah nie yang memaparkan kasih sayang antara keluarga dan sesama makhluk Allah di muka bumi nie yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan ikatan kasih sayang yang kuat.. 

13 comments:

  1. Baca review Shikin pun dah rasa sedih. Sekarang ni makin menjadi2 kes penderaan ke atas haiwan. dah takde perasaan kasihan dan kasih sayang agaknya manusia sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih kak bila tengok filem nie..Yea memang btul sekarang nie kes penderaan ke atas haiwan dan manusia juga semakin menjadi-jadi.. Dunia semakin berada di penghujung... ;(

      Delete
  2. Movie ni dah lama kan.
    Tp Cik Ila tak pernah ada kesempatan nak tengok lagi.
    Dari review Shikin...sedih je.
    Nanti Cik Ila pun nak tengok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea Cik Ila, movie nie ditayangkan pada tahun 2008.. Saya pun first time tengok kat channel tue, kalu TM tak bukak channel free, saya pun tak tahu filem nie.. Tengok jgn tak tengok, memg sedih jalan citernya.. ;(

      Delete
  3. Baca pun dah sebak. Kalau tengok mesti lagi sedih filem ni. Kena cari filem ni.

    ReplyDelete
  4. sebak baca post Shikin ni..kalau menonton pun mesti meleleh airmata ni...

    ReplyDelete
  5. Sha yang baca review nie pun bergenang air mata..
    sedih dan menyentuh perasaan..

    ReplyDelete
  6. Maaf cakap lah... cerita belah2 sana tu, kalau buat cerita banyak mesej yang diaorang selitkan... belah2 sini kurang sikit... Hehe...Well, complete sinopsisnya...

    ReplyDelete
  7. Huuu sedih sambil baca nak bergenang air mata....

    ReplyDelete
  8. Cantik akari tu. Kenapa rasa orang potong bawang pula kat sini, sedihnyaaa T_T. Kalau saya, cerita melibatkan haiwan dan tuan memang lemah sikit, lain macam sedihnya. huhuhu.

    ReplyDelete
  9. okay kene carik ni nak downloaddd~ suke betul movie yang ade selit moral tentang kasih terhadap haiwan ni. heee sebab tu cite-cite saye nak jadi veterinar/zoologist! ^^ aminnn~

    jemput bace and komen my new entry. tysm <3

    http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2017/02/fie-nak-jadi-mommy-dah.html

    ReplyDelete
  10. Sedihnya bca review cite nie..nk cri la nnti

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧