Thursday, March 16, 2017

Muzium unik bawah laut

Assalamualaikum wbt..
Bila kita sebut aje nama muzium, mesti kita akan terbayang tentang bangunan lama yang dipenuhi dengan artifak-artifak sejarah yang tersusun malah ada yang diletakkan di dalam kotak kaca.. Dan bila sebut saja nama muzium, tak sah kalau kita tak disajikan dengan kisah-kisah seram di dalam bangunan tersebut...

Tapi saya bukan nak bercerita tentang kisah seram, sebaliknya saya nak berkongsi sikit tentang satu muzium yang sangat unik dan berbeza.. Nama muzium ini adalah Museo Atlantico yang terletak di Pulau Lanzarote berhampiran dengan Pantai Bahla de las Coloradas, Sepanyol. Awak nak tau, muzium ini adalah muzium yang pertama sekali dalam dunia berada di bawah laut..

Apa..? BAWAH LAUT..??? Betul ke nie..?

Jom kita tengok gambar di bawah, sumber gambar-gambar ini diambil dari Google Image...

Image result for museo atlantico lanzarote

Image result for museo atlantico lanzarote

Image result for museo atlantico lanzarote

Muzium ini mengambil masa tiga tahun untuk proses pembinaan dan baru dirasmikan pada 10 Januari 2017 yang lalu dan bahan-bahan yang dipamerkan terdiri daripada 300 arca yang diukir oleh pengukir arca berbangsa British, Jasaon deCaires Taylor. 

Tujuan utama muzium nie dibina adalah untuk memberi ingatan pada orang ramai tentang isu pemanasan global dan pencemaran alam sekitar. 

Image result for museo atlantico lanzarote

Image result for museo atlantico lanzarote

Image result for museo atlantico lanzarote

Nampak unik kan muzium nie, jadi pada sesiapa yang nak berkunjung ke Sepanyol, bolehlah masukkan muzium nie dalam senarai kunjungan awak tapi kena pastikan yang awak ada lesen menyelam tau.. hihihi

9 comments:

  1. amboi cantiknya hehe. cemana elsa nak masuk bawah nie elsa tak pernah swims sampai ke bawah laut huhuhu

    ReplyDelete
  2. Ingat di Malaysia tadi. Hehe. Menarik betul muzium ni.

    ReplyDelete
  3. macam best je kalau boleh melawat muzium ni..hihi

    ReplyDelete
  4. menarik sangattt. tapi muzium darat pn xhbs pegi lg hehe

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak pergi ni berenang pun tak reti,hahaha.

    ReplyDelete
  6. Ala.. xle nak gi.. berenang pun tak pandai.. inikan nak menyelam..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya...
    Ada lesen menyelam, tapi dah lama tak menyelam....
    Ni kena kumpul duit banyak2 ni, mak oiii kat spain pula tu...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧