Tuesday, March 14, 2017

Sunshine Blogger Award By Ucing Kadayan

SunShine Blogger Award - Anum Abdullah

Assalamualaikum wbt,
Saya berasa terharu sangat sebab ada tiga orang rakan yang memberi Sunshine Blogger Award pada saya, dan terima kasih tak terhingga pada Ucing Kadayan, CikLa dan Mellya kerana mencalonkan nama saya untuk menerima award nie..

Saya akan jawab soalan kalian satu persatu dan entri nie adalah untuk menjawab soalan dari Ucing Kadayan.. Okey soalan yang dikemukakan adalah.. 

1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya.?
2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan.?
3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih.?
4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai.?
5) Apa yang anda buat pada masa lapang.?
6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan.?
7) Perkara yang membuat anda marah.?
8) Peristiwa yang menyeramkan.?
9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum.?
10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek.?
11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini.? (^_^)


Dan inilah jawapan saya untuk soalan-soalan Ucing..


1) Nama diberi Wan Nur Ashikin Binti Razali, berumur 35 tahun, sudah berkahwin dan kini berkhidmat sebagai Pembantu Pustakawan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Merupakan peminat kucing dan kini mempunyai 4 ekor kucing yang lebih dikenali sebagai askar wataniah, sebab mereka suka menjaga keamanan di rumah. Nak tahu lebih lanjut pasal saya, awak boleh baca di →sini←.. 

2) Masakan ummie saya terutama nasi minyak dan nasi dagang, walaupun saya boleh masak masakan nie tapi masakan ummie saya takde tandingannya..

3) Selalunya saya akan mainkan muzik romantik piano, tapi diselang selikan dengan alunan Al-Quran yang memang sentiasa terpasang selepas waktu Maghrib..

4) Bila saya tersadung masa pakai high heels, tapi sekarang tak pakai dah sebab dah tua-tua nie kaki sering sakit dek pakai high heels..

5) Menonton filem kesukaan, mendengar muzik, menulis diari dan menaip entri untuk jurnal ini dan blog library..

6) Dapat berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga di rumah saya, dengan acara BBQ dan makan-makan, nak tahu baca kisah →ini←.. 

7) Bila seseorang tak mengotakan janjinya..

8) Sebenarnya ada masa-masa tertentu mata saya tak berhijab, jadi faham-faham ajelah.. Cuma saya kuatkan diri dan ingatkan diri yang 'dia' jugak makhluk Allah seperti kita..

9) Mula-mula buat-buat memek muka selamba dan secara tiba-tiba buat memek muka yang kelakar (yang nie hubby dengan adik lelaki no.3 selalu buat..)

10) Kalu tengok rancangan American Funniest Home Video..

11) Hari Selasa, jam 10.30pm...


Okey, itu saja jawapan saya untuk Ucing Kadayan... Now, nak jawab soalan CikLa pulak di entri yang seterusnya..

4 comments:

  1. Nasi dagang fav ana juga. Kalau balik ganu, wajib cari nasi dagang ni. Sedapnya. Tak sabar nak balik next week. Hehe.

    No 8 tu memang seram 😅

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi jawab soalan ucing.hehe memek muka buat awak senyum (^_^).

    ReplyDelete
  3. Okay.. No 8 tu seram.. Sha baca buku okay lagi.. jangan tertengok or ternampak..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧