Resipi mangga asam boi

Thursday, May 04, 2017

Assalamualaikum wbt..
Hihi orang lain dah lama buat resipi nie tapi saya baru berkesempatan nak buat.. Sebab apa..? Sebab saya tak puas hati bila dapat makan hanya sedikit saja, yealah, sebekas balang mangga asam boi berharga RM10, sekali hadap terus habis, huhuhu...😓 So nie kiranya saya nak balas dendam kesumat dalam jiwa nie dengan membuat mangga asam boi homemade...

Tada.....


Mangga nie sebenarnya dah buat minggu lepas sebab minggu lepas pada hari Rabu 26 April, ummie dengan adik-adik datang ke rumah untuk bercuti... So, apa lagi, bila dah ramai-ramai berkumpul nie, rasa seronok sikit buat resipi nie.. Gambar nie merupakan round ketiga saya buat kerana pada round pertama dan kedua, habis dikebas oleh mereka, kerana kesedapan mangga asam boi.. Saya buat pada round ketiga pun disebabkan hubby saya jugak ada balik ke Salak Tinggi pada hari Khamis tue.. Kesian kat dia pulak takut kempunan nak merasa air tangan isterinya, hihihi... 

Saya nak kongsikan resipi pada awak dan untuk pengetahuan, resipi nie saya telah cuba ubah pada buah-buahan yang lain seperti epal hijau, buah lai, buah pear dan sengkuang cina dan hasilnya memang sedap, tapi maaflah buah-buahan tue tak sempat saya nak snap sebab dikebas oleh ummie dan adik-adik terlebih dulu...

Bahan-bahan
Mangga ataupun buah-buahan kesukaan awak (potong ikut suka)
4 biji cili padi (potong kecil)
Asam boi 
5 sudu gula
*P/S : Garam tak payah letak sebab asam boi tuepun dah berasa masin.

Cara buat
Masukkan kesemua bahan dalam bekas dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan dalam peti ais dan sejukkan selama 4-5 jam untuk membiarkan gula menjadi larut. Kemudian hidang dan boleh dimakan begitu saja...


Senang kan resipinya.. 

22 comments

  1. hihihi sedap... tapi liez kena ada mood nak buat dan nak makan jeruk2 mcm ni..

    ReplyDelete
  2. sedapnya buat kudap-kudapan ni shikin. sekejapan je boleh licin.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyalah... Bukan kata mangga..
    Epala, betik pun kadang sha buat gak shikin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida terpaksa setuju dgn Sha.
      pe pun sedap.
      pastu buah tu rangup plak. marveles.

      Delete
    2. Betik sedap ke buat camni? Tak pernah lagik rasa..

      Delete
    3. lea. kena betik yg muda skit kot.
      kalau yg ranum tu, kang hancur plak :)
      krup krap sedap nyer...

      Delete
  4. http://chennaibizbook.com/ There is a large number of ways on how to promote your website online for free. With so many people struggling with their finances, finding a free way of doing anything will be crucial, but thankfully there are all sorts of things that you can do in order to promote your online business. You can promote your website by going to online directories and then posting it on them.

    ReplyDelete
  5. Kalau sy, tak dapat tahan 4-5 jam tu. Dalam 2 jam, dah buka peti ais nak makan �� Tergoda sungguh

    ReplyDelete
  6. Series ju sdiri xperna buat. Hadap iklan je ada yg jual rm 5 tgk packaging cmna

    ReplyDelete
  7. iye shikin. kalau beli,mahal!
    ada aje opismet aida yg menjual nyer.
    kalau buat, muai skit kan makan nyer. puas hati!

    ReplyDelete
  8. Opsssss mak buyong dah terliur ni.. camnoo?? Haha

    ReplyDelete
  9. Maznee memang selalu buat mangga asam boi ni. Letak cili lebih sikit. Hehe
    .
    Memang berapi

    ReplyDelete
  10. Mujur mama dah tak mengandung lagi. Kalau tak memang sedap makan mangga asam boi ni

    ReplyDelete
  11. nampak mcm sedap je.
    terliur pulak walaupon sy ni xmakan sangat benda masam. huhu

    ReplyDelete
  12. aduhhh... tertelan air liur pulakk tgkk mende nihhhh...
    kalau buat buah pear campor asamboi pun sedap gak tau... hihihi

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kak kinnnnn ! Leni musim pelam. Bleh la wt ❤️🌹😃

    ReplyDelete
  14. Sedapnya kak.. 😍 😍
    Terliur dah ni.. Pulak tu tengah tak sedap mulut baru baik demam 😂

    ReplyDelete
  15. terliur pulak haaa. td makan mangga cicah gula kicap macam tu jeee haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangga cicah gula kicap ni legend.
      masa kekecik dulu mak aida selalu prepare kan.
      cicah dgn nenas pun sedap kalau gula kicap ni :)

      Delete
  16. Ya Allah terliurnya kakkk... Sedap pulak tengok... :/

    ReplyDelete
  17. sedap ni!!! tapi kenapalah tekak ni taksuka buah mangga :(

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧