Wednesday, May 24, 2017

Syukurlah selalu

Related image
Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi suma..!πŸ™‹ Tak lama lagi kita nak puasa dah kan, so sebelum apa-apa, saya nak mohon ampun dan maaf andainya apa yang saya coretkan dalam jurnal nie ada menyinggung perasaan awak-awak suma, yang khilaf datangnya daripada saya, yang baik sumanya datang daripada Allah..

Saya nak share sikit satu citer yang boleh dikatakan bermotivasi untuk kita renungkan serta mendalami maksud yang tersirat coretan ini... Citer nya berbunyi begini ...

Tak pernah beranak .. "Mandul!"
Gugur kali ke 3 .. "Rahim lembik!"
Czer kali ke 3 .. "Rahim cacat!"
Anak sorang .."Tak subur!"
Beranak anak ke 5 .. "Gelojoh!"
Jadi perempuan ,
Semua berlaku pada kita dipertikaikan.
Lebih2 lagi bab anak2.
Everyone is having their own struggles in life.
Jangan ditambah dengan kata2 kurang simpati.
Wanita yang tiada anak.
Jangan ditangisi.
Kamu bukan mandul
Kamu istimewa
Kerana Allah mahukan masa kamu untuk Dia sepenuhnya.
Wanita yang keguguran
Jangan ditangisi
Tidak semua anak2 di muka bumi ini yang lahir Islam dapat mati dalam iman.
Tetapi Allah dah jaga keIslaman anak2 kalian
Sebagai pasakan pasti seorang anak syurga milik kami di sana kelak.
Wanita yang bersalin czer
Jangan ditangisi
Jika zaman dahulu dengan komplikasi yang kita hadapi kemungkinan anak2 kita sudah meninggal dalam perut.
Tetapi dengan kurniaan teknologi, anak2 kita selamat.
Kitalah wira yang sanggup dilapah demi menyelamatkan anak2
Bukan sekadar melahirkan.
Wanita yang tak ramai anak
Jangan disesalkan
Anak yang satu sudah mencukupi dari mana2 berlian di dunia.
Yang satu mampu mencukupi jika dijaga kualiti didikan Islamnya
Lihatlah pada Rasulullah s.a.w, si anak tunggal
Kepada ibu beranak ramai
Jangan dikeluhkan
Zuriat yang ramai itulah bekal kita di alam barzakh kelak
"Doa anak yang soleh"
Susah anda hanya di dunia.
Mewah anda di sana.
Kepada semua wanita di luar sana.
Stand up
Stand out
Be proud of who you are.
Ada anak atau tidak
Normal atau czer
Ramai atau tidak.
Belajar mensyukuri nikmat yang ada.
Belajar untuk abaikan kata2 mereka.
Mengapa perlu bersedih dengan kata2 durjana
Sedangkan banyak rahmat Allah terbentang dihadapan mata
Yang kita boleh syukuri.
So, apa-apapun, syukurlah selalu.. 

5 comments:

  1. btl ! xtau napa.. ju rasa tsentuh dgn pkongsian sis ni. bukan sedih tp kata2 ni jadi satu dorongan kpd ju yg masih TTC after 6 yrs. Mcm nak jerrit kata "kami istimewa ok !" wahhahha gituu xD alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Ada anak atau tidak, ada hikmah disebaliknya. Allah Maha Mengetahui ☺

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang..

    ReplyDelete
  4. kita ni milik Allah.
    pe yg kita ada kurniaan Allah.
    kita merancang tapi Allah yg tentukan.
    syukur... jgn nak bersangka x baik dgn org lain.
    sebab kita bersangka x baik dgn Allah.

    ReplyDelete
  5. Syukur selalu.. Lea pun mintak maaf ye kalau ada salah silap n terkasar bahasa selama berblogging ni.. :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧