Wednesday, May 24, 2017

Tupperware..

Image result for tupperware pngAssalamualaikum wbt...
Tadi tersedar, bekas tupperware yang bersisakan tumpahan susu pekat manis di dalamnya dipenuhi dengan semut. Tapi kebanyakan semut itu tidak bergerak. Mungkin sudah mati atau separa mati setelah menikmati manisan yang tak akan terhabis dimamah. Tumpahan susu pekat itu pasti ibarat gunung emas buat mereka.
Saya pun cuci bekas itu, dan mereka semua tak bergerak atau melarikan diri. Senang kata, tak mampu berbuat apa2. Dan dihanyutkan air ke dalam lubang sinki.
Saya fikir, mungkin begitukah aku di dunia ini. Terlalu larut dengan kenikmatan dan hiburan dunia sehinggakan tatkala kematian datang menyentap hidupku, aku tak mampu berbuat apa? Waktu itu sudah terlambat..
Atau mungkin begitukah ummat kita hari ini, dilalaikan dengan hiburan, mainan, mengejar kekayaan dan perkara remeh temeh, sehinggakan kita jadi lemah dan separa mati. Dan tatkala musuh2 Islam datang menghadap kita, kita dengan mudahnya tertewas dan mereka dapat berbuat apa ikut suka. Sebenarnya, kita sudah kalah sebelum bertarung lagi..
Ingatkah anda tentang hadis nabi?
Jumlah kamu ramai tapi kamu lemah.
Kamu dicerai beraikan dan diratah ibarat binatang yg mengerumuni makanan di dalam talam.
Kenapa?
Kenapa jadi sampai begitu?
Kerana di dalam hati kamu sudah tertanamnya Al-Wahn.
Cintakan dunia, takutkan mati.
#muhasabah
#copypaste

8 comments:

  1. Peringatan yang bagus.. TQ Shikin..

    ReplyDelete
  2. Rasa bersalah pada diri..banyak yang perlu PC perbaiki..terus saling mengingatkan kerana mahu saling bertemu di syurga.

    ReplyDelete
  3. citer shikin ni ada masuk tersirat yg sgt bagus.
    semut yg kenyang.
    hingga tak mampu selamat diri :(

    tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. Ada maksud disebalik cerita itu rupenya.. Perkongsian yang baik ni shikin.. Moga kita menjadi orang yg sentiasa ingin berubah kepada yg lebih baik.. InsyaALLAH..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧