Wednesday, June 14, 2017

8 cara mudah untuk hindar daripada stres

Image result for stress
Assalamualaikum wbt..
Kebelakangan nie, dah ramai rakyat Malaysia mengalami stres atau tekanan perasaan. Masalah pekerjaan, masalah rumahtangga, masalah percintaan, masalah keluarga dan masalah antara rakan-rakan menjadi punca seseorang mengalami tekanan perasaan, malah ada di antara mereka menamatkan riwayat hidup mereka kerana terlalu tertekan.. Sebagai umat Islam, kita ditegah malah berdosa besar untuk melakukan sedemikian tapi kenapa masih ramai lagi yang melakukan sedemikian? Hanya Allah saja yang mengetahui..

Ada pelbagai cara untuk kita hindari stres nie dan hanya kita saja yang dapat menyelesaikannya di samping mencari bantuan orang lain.. Selain daripada meluahkan perasaan awak tue pada orang yang awak percayai, antara cara mudah untuk hindari stres ini adalah...

Lakukan rutin menyenangkan
Setiap hari, awak pasti melakukan rutin yang awak sukai contohnya mandi air suam sebelum tidur, mendengar muzik kegemaran atau menonton filem kegemaran awak. Jadi, jika awak terasa stres, lakukan rutin yang menyenangkan sehingga membuatkan hati dan fikiran awak lebih tenang.

Cari udara segar
Keluarlah pada waktu pagi untuk mendapatkan udara yang segar. Menikmati pemandangan, suara burung, bau aroma pagi dan sinaran matahari waktu pagi dapat meningkatkan hormon serotonin. Kajian yang dilakukan oleh Washington State University mendapati, meletakkan tanaman di meja pejabat dapat menurunkan tekanan dan mengurangkan stres.

Jadikan kaki dan tangan sibuk
Ada kalanya fikiran awak takkan berhenti daripada memikirkan perkara yang negatif. Untuk mengatasinya, alihkan fikiran awak dengan melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan tangan, kaki atau bahagian badan yang lain. Contohnya bergambar, naik dan turun tangga, memasak makanan sihat dan sebagainya. Gerakan ini akan membuatkan fikiran awak menjadi lebih tenang.

Bayangkan tempat tenang
Bayangkan satu tempat yang membuatkan awak berasa tenang. Contohnya pemandangan laut yang biru, pergunungan, taman bunga dan sebagainya. Tutup mata awak, fokuskan pada pernafasan dan bayangkan tempat tersebut. Lakukan beberapa minit setiap hari. Penelitian dari University Of California, Los Angeles mendapati bahawa badan akan megeluarkan lebih sedikit hormon stres (kortisol) ketika otak membayangkan tempat yang indah dan menenangkan.

Mandi
Mandi air yang hangat dengan menuangkan beberapa titis minyak aromaterapi atau lilin wangi di dalam tab mandi boleh menenangkan fikiran dan badan. Pilihlah haruman lavender atau melati kerana ia berkhasiat dan mengurangkan stres. 

Senaman
Senaman atau aktiviti fizikal dapat meningkatkan hormon endorphin sehingga membuatkan perasaan awak lebih baik. Hormon ini mengatur ritma tidur, meningkatkan tenaga dan membantu awak menjadi lebih tenang serta fokus. Pilih senaman yang awak suka dan carilah masa yang agak lapang daripada rutin kerja awak. 

Bersyukur
Penelitian dari National Institutes Of Health mendapati bahawa seseorang yang menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih dapat meningkatkan aktiviti di hypothalamus. Hypothalamus adalah bahagian yang berfungsi dalam mempengaruhi tingkat stres. Awak boleh meluahkan rasa syukur dengan menulis nota kecil atau mengucapkan terima kasih kepada Allah, keluarga dan teman.

Makan pisang
Zat-zat yang terkandung dalam pisang meningkatkan pengeluaran hormon serotonin (kekurangan hormon ini akan membuatkan seseorang cepat marah dan lebih emosional). Bersarapan dengan sebiji pisang akan meningkatkan fungsi penghadapan dan pembuluh darah, sekaligus melindungi badan kita daripada stres.

Itulah cara mudah untuk hindari stres, tapi kita sebagai orang Islam, kita perlu berpegang teguh pada keimanan dan ketaqwaan untuk hindari stres.. Caranya jika kita berasa kepala berserabut, cuba ambik air wuduk dan solatlah dua rakaat, dan di situlah kita mengadu pada Allah, Insha Allah hati kita akan menjadi tenang semula.. Ataupun kita boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk mengubati stres dan paling tidak, kita mendengar ayat-ayat suci Al-Quran di laptop ke telefon ke.. Betul tak..?


7 comments:

  1. Dan kalau stresa batin bykkan berzikir. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Terbaik tips ni... Banyak orang sekarang cepat stress...

    ReplyDelete
  3. nieyl dtg membalas kunjungan....
    wow!tq bagi tips...:)

    ReplyDelete
  4. Arghhhh memang tengah stresssssss.. hehehe.. Gut info shikin..

    ReplyDelete
  5. Dunia skrg mmg very stressful so kenalah kita pandai2 Jaga diri jgn ikutkan sgt stress nnti makan diri

    ReplyDelete
  6. sy memang cepat stress, selalu nya time stress sy pi makan 😂

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧