Friday, June 16, 2017

Barangan rumah yang tak disangka mempunyai 'expired date'...


Assalamualaikum wbt...
Uuikk..? Betul ke tajuk entri tue... Awak pun mesti terkejut kan... Jom kita tengok apakah barangan rumah yang kita sendiri tak sangka mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri.. 


Penyegar udara (Air freshner) : Sebelum awak membeli atau menyembur air freshener rumah, sila periksa tarikh tamat tempoh pada penyegar udara awak dulu, sebahagian besar hanya mempunyai jangka hayat dua tahun.

Sabun Pencuci Pinggan : Yang nie awak perlu ambil perhatian, sabun pencuci pinggan awak sebenarnya hanya mampu bertahan selama 1 tahun sahaja.

Pemadam api : Agensi Perlindungan Kebakaran Kebangsaan mencadangkan agar semua alat pemadam mendapatkan diuji dan / atau diganti setiap 5 hingga 12 tahun (bergantung kepada jenis alat pemadam) bagi memastikan ia beroperasi dengan betul dalam keadaan kecemasan.


Bahan pencuci pakaian ( Clothes detergent) :  Bahan pencuci pakaian yang belum dibuka adalah berkeadaaan baik untuk sehingga satu tahun. Tetapi selepas awak membukanya, awak perlu menggunakannya dalam tempoh enam bulan.

Bantal : Bantal harus diganti sekurang-kurangnya sekali setahun, tetapi jika rasa bantal awak masih berkeadaan baik, awak boleh gunakannya sehingga 3 tahun.

Sabun bar : Sabun bar sebenarnya mempunyai jangka hayat sehingga tiga tahun, walaupun sesetengah jenama hanya bertahan untuk 18 bulan.

Botol gel mandian : Gunakan botol gel mandian seelok-eloknya 3 kali sahaja. 

Kasut : Kalau nak tahu, sebenarnya kasut kegemaran awak mempunyai jangka hayat kira-kira 12 bulan saja. Ini disebabkan selepas 12 bulan, bakteria mula membiak pada kasut kita.

Bra : Khas untuk wanita , ini amat penting! Awasi bra awak dan periksa sekiranya dawai pada bra sudah mulai keluar, gantikan ia dengan bra yang baru. Purata jangka hayat bra hanya bertahan selama 9 bulan sahaja.

Selipar : Siapa sangka, selipar juga mempunyai jangka hayat. Selipar yang sering kita gunakan sebenarnya mempunyai jangka hayat selama 6 bulan saja.

Haa, camne..? Nanti cubalah check barangan dalam rumah awak, periksa samada hayatnya masih boleh digunakan ataupun sudah luput.. Mana-mana dah luput tue, masukkan dalam tong sampah yea.. Keselamatan diri kena jaga, kan.. 


11 comments:

  1. Bantal pun ada ye. Baru tau ni. Selamat lah bantal ni br beli last year so next year kena tukar lah nampaknya. Hehe

    ReplyDelete
  2. Botol gel rasanya dah lebih 3kali guna. Kena tukar ni.

    ReplyDelete
  3. Jangka hayat selipar juga boleh jadi 1 hari jika kita pergi sembahyang jumaat.... :-) btw nice info sis..

    ReplyDelete
  4. Wah.. Ada eh.. Selama hari ini tak kisah pun..

    ReplyDelete
  5. pencuci piring tu pula ju xtau ada expired date . btw info menarik tau sis =D

    ReplyDelete
  6. Tak tahu pun benda-benda nie ada expiry date. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. Alamak.. kasut n bra pun ada xpired rupenye.. kene amik kisah la pas ni..

    ReplyDelete
  8. ha ha :)
    aida tau fakta ni.
    tapi x pedulikan ha ha ha :)

    ReplyDelete
  9. selama ni, yg sy tau selipar ja yg ada tarikh luput 😂

    ReplyDelete
  10. hahaha yg selipar tue sy x tau.. tukar selipar/kasut kalau dah rosak ja hahaha

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧