Thursday, June 01, 2017

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors


Assalamualaikum wbt...

Saya nak jemput awak untuk join Giveaway Duit Raya dari Elsa and the sponsors... Ini adalah username facebook dan emel akak...

Username facebook : Shikin Razali
Username fanpage facebook : Starlavenderluna's Journal Of Life
Emel : starlavender.luna@gmail.com

Inilah pengalaman akak... 


Nama pun budak-budak, time hari rayalah yang seronok sebab dapat banyak duit raya yang diberi oleh keluarga, sanak saudara dan jiran... Saya pun tak berkecuali, time hari raya tue mesti akan berebut dengan sepupu sepapat untuk beratur di hadapan atuk dengan nenek... Bukan sebab seronok nak bersalam dan bermaafan tapi nak dapatkan duit raya dalam bentuk kertas... hihihi masa tue la, tak kira budak besar ke budak kecik ke, kami sentiasa berebut-rebut untuk beratur sebab dah jadi adat dalam keluarga kami, nak duit raya kena beratur macam beratur kat sekolah tue... Dah dapat duit raya, masing-masing keluarkan duit tue dari sampul dan masuk dalam dompet masing-masing sebab takut hilang, tapi ada ketikanya saya akan berikan pada ummie kerana takut duit tue tercicir kat mana-mana... huhu memang menangis la kalu hilang... Yang paling seronok bila dapat duit raya adalah, masa hari raya pertama, kami sekeluarga akan pergi ke Istana Maziah dan Kediaman Menteri Besar beramai-ramai untuk berhari raya, tapi bukan sebab nak makan kuih raya.. Sebaliknya duit raya yang kami kejarkan.. Masa tue ramailah rakyat jelata akan beratur (selalunya kanak-kanak dan budak sekolah menengah) untuk mendapatkan duit raya.. Yealah, masing-masing penah dapat duit raya RM10 dan RM5 yang pada masa tue nilainya amat besar sekali... Dan yang paling seronok sekali sebabnya dapat berjumpa dengan Sultan Terengganu dan jugak Menteri Besar Terengganu secara 'live' yang sebelum nie hanya dapat melihat melalui gambar atau pada tv sahaja... Itulah pengalaman untuk mengumpul duit raya saya di masa kecik dulu...


Nak join..? Klik pada banner kat atas... Best of luck...






12 comments:

  1. wah seronok shikin....mv dtang dri ga yang sama http://msvelentine.blogspot.my/2017/06/giveaway-duit-raya-rm100-by.html

    ReplyDelete
  2. wahhh beruntungnya akak. banyak jugak tu dapat RM10. eee jealous elsa hehe

    terima kasih join. elsa dah update dalam list. goodluck :*

    ReplyDelete
  3. http://mama3danish.blogspot.my/2017/05/giveaway-duit-raya-rm100-by.html

    ReplyDelete
  4. seronok sungguh zaman kanak2 kan Shikin..mmg akk pun rindu
    selamat bersegmen
    https://umifuzy.blogspot.my/2017/06/giveaway-duit-raya-rm100-by.html

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,
    singgah blogwalking dari GA yang sama

    https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/05/giveaway-duit-raya-rm100-by.html

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧