Thursday, June 01, 2017

Giveaway Raya by Mrs Pip


Assalamualaikum wbt...

Saya nak jemput awak untuk join Giveaway dari blogger Mrs Pip kita nie.. 

syarat-syarat Giveaway Raya by Mrs Pip ni sangat mudah :-
1/ Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula
2/ Follow blog Mrs Pip
3/ Follow Google+ Mrs Pip
4/ Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui
contoh #1: Pengalaman terindah di bulan puasa saya ialah berbuka puasa bersama Perdana Menteri ...
contoh #2: Pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah saya lalui ialah berjaya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah ...
5/ dah siap buat entry? jangan lupa letakkan link entry anda di kotak komen di bawah :)
amacam, senang tak syarat syarat yang mrs pip letak? ... syarat ke-4 tu jangan korang abaikan pula T_T rasanya, setiap kita ada memori terindah di bulan puasa kan ....

Okey, untuk syarat ke-4 tue, pengalaman terindah semasa bulan puasa saya adalah semas arwah atok dan nenek masih hidup, kami sekeluarga dan sanak saudara yang lain pasti akan berbuka puasa di rumah arwah.. Masa tue memang meriah sangat dengan sepupu sepapat yang usia masing-masing agak sebaya dan tak jauh bezanya usia, tapi kami ada satu tradisi keluarga, bila waktu berbuka, kami terbahagi kepada tiga kumpulan, kumpulan pertama dikenali sebagai kumpulan veteran di mana warga emas akan makan di atas meja makan... Dua kumpulan lagi akan makan bersila di lantai, kumpulan kedua adalah kumpulan orang dewasa termasuk anak yang bersekolah menengah dan kumpulan terakhir adalah kumpulan warga kanak-kanak... Masa tue memang riuh rendah bila makan terutama pada kumpulan kanak-kanak sebab masing-masing berebutkan lauk pauk sambil dipantau oleh ibu masing-masing.. Selesai berbuka, kami akan bersolat maghrib, isyak dan terawih bersama-sama di surau yang terletak depan rumah arwah atok dan selalunya memang ramai orang kampung yang akan menyertai kami untuk berterawih sama-sama.. Untuk pengetahuan awak, jarak antara surau dengan rumah arwah atok memang terlalu dekat, cuma 7 langkah saja jaraknya, tapi sayang kedua-dua buah rumah serta surau tersebut terpaksa dirobohkan oleh kerajaan Terengganu bagi tujuan pembangunan, dan telah menjadi kenangan di Lorong Haji Jamil... Itulah kenangan semasa di bulan puasa.. 

Okey, nak join..? Klik pada banner kat atas sekali... Best of luck... 

9 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧