Friday, June 16, 2017

Kelebihan malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum wbt...
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Para ulama telah bersependapat bahawa Lailatul Qadar akan berlaku di dalam malam-malam sepuluh yang terakhir di bulan Ramadhan, ini bersandarkan kepada banyak hadith Rasulullah SAW.
  2. Ada juga pendapat ulama’ mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam ini (21, 23, 25, 27 dan 29).
  3. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahui, bila masanya dan kepada siapa daripada kalangan hamba-hambanya yang dikehendaki.

Image result for allahumma innaka afuwwun
Sumber daripada Google Images



Doa Mendapatkan Lailatul Qadar

اََللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا،
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ،
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.

“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami.

Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an.

Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”



*Sumber daripada JAKIM




11 comments:

  1. Subhanallah..indahnya kalau jadi insan yg terpilih merasai malam yg sungguh istimewa malam Lailatul Qadar kan

    ReplyDelete
  2. amin ya rabb ='( salam ramadhan sis

    ReplyDelete
  3. thanks sharing. alhamdulilah :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals!
    Untuk keterangan lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah ini. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H. Maaf Zahir dan Batin.

    http://www.zukidin.com/2017/06/keputusan-duit-raya-giveaway-by-abam.html

    ReplyDelete
  5. dah hampir nak ke penghujung ramadhan kite shikin.. Cepat jerk masa berlalu..

    ReplyDelete
  6. Tinggal tak sampai 5 hari.. semoga kita semua diberi peluang merasai malam Lailatul Qadar..

    ReplyDelete
  7. Ramadhan tinggal 3 hari lagi 😢

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧