Thursday, June 22, 2017

Salam Aidilfitri 1438H


Assalamualaikum wbt..
Awak suma bila start bercuti..? Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin andainya saya terkasar bahasa ataupun nota jurnal saya mungkin ada yang menyinggung perasaan awak..

Yeaayyy..

Hari nie hari last saya bekerja dan esok pagi saya akan bergerak balik ke Sungkai, Perak sebab tahun nie giliran kampung hubby pulak beraya.. Kami akan balik Terengganu pada Hari Raya Aidiladha nanti.. 

Nak pesan pada awak nie dan jugak pada diri sendiri, pastikan segala kelengkapan elektrik dicabut suis daripada plug supaya tidak berlaku yang tak diingini.. Tutup segala tingkap dengan rapi dan kunci semua gril rumah.. Buat laporan pada polis untuk makluman kita tiada di rumah.. 

Hati-hati semasa memandu pulang ke kampung halaman.. Jika awak jadi pemandu, sila lebih berhati-hati, jangan bawak kereta tue laju sangat, ikut had laju yang ditetapkan, memang sedap menekan minyak, tapi keselamatan diri dan keluarga perlu dijaga sebab mereka suma amanah dari Allah untuk dijaga sebaik mungkin... Kampung halaman kita takkan bergerak ke mana jadi tak perlu awak memecut laju untuk cepat sampai di destinasi.. Biar hilang harta jangan kita hilang nyawa yang tersayang.. 

Pada awak yang jadi co-pilot, jangan terlelap hingga menyebabkan pemandu memandu sorang diri, at least berborak-boraklah agar hilang rasa bosan ketika memandu.. Jika memandu pada waktu malam, sila berhati-hati ketika memandu kerana ada sesetengah kawasan had penglihatan adalah terhad.. Dan jika rasa mengantuk, jangan segan untuk berhenti rehat... 

Hari nie mood keja dah ke Tasik Kenyir dah... hihihi 

10 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat kak Shikin sekeluarga πŸ˜„ Hati-hati di jalan raya nak balik Perak tu πŸ˜‰

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin semoga selamat sampai ^^ketempat yang di tuju.(^_^).

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya. hati-hati dijalanan ya. semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju

    ReplyDelete
  4. wah best nya =) ati2 dalam perjalanan ya sis =) ju masih bkerja hingga esok. mood mmg da xda nak kerja ni, hati asyik nak dok rumah dgn family shja xD

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya sis.... Mohon maaf zahir batin dari saya sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. Akak, Selamat hari raya! :)Hati-hati dijalan raya ya :)

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Thanks awak diatas pesanan :)
    Semoga perjalanan raya awak baik2 dilindungi ALLAH SWT :)

    ReplyDelete
  8. rasa nyer aida lom wish sselamat hari raya kat shikin.

    selamat hari raya shikin.
    kalau ada corat-coret aida yg mengguris perasaan shikin, aida minta maaf ekk.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧