✿Sahabatku✿

Follow

Monday, July 24, 2017

Matang dalam bercinta

Image result for love

Assalamualaikum wbt..
Orang kata usia hanyalah angka dan ianya bukanlah penentu kematangan seseorang, betul tak..? Ada yang berusia muda tapi mempunyai sifat dan sikap yang matang, ada jugak usianya boleh dikatakan dewasa tapi belum matang secukupnya.. 

Amboii, falsafah pulak saya nie.. hihi.. Sebenarnya saya tertarik satu artikel majalah yang menceritakan tentang kematangan seseorang dan salah satunya adalah kematangan seseorang dalam bercinta.. Sebab saya nak kongsikan perkongsian nie kerana baru-baru nie saya terlihat satu video yang saya pun tak ingat tengok kat mana, sama ada kat fesbuk ataupun youtube, ada seorang budak perempuan yang saya anggarkan usianya lingkungan 18 tahun camtu.. Dalam video tue dia tujukan kepada bekas boyfriend dia, menangis teresak-esak sambil bertanya kepada lelaki ini, kenapa tinggalkan dia..? Selepas tue, budak perempuan nie menuangkan syampu rambut ke dalam mulutnya seolah-olah macam nak bunuh diri.. Tapi of course la memang syampu tue takkan bunuh dia, cuma hairan jugak di hati, sebab utama kenapa perlu menangis dengan orang yang belum disahkan dengan kita seratus peratus.. Dari video tue, saya boleh nampak ketidakmatangan budak perempuan nie, okey..Emosional tue emosional tapi memang nampak ketidakmatangan.. 

Okey, nasihat saya sebelum nak kongsi tips nie pada awak, kalau awak ditinggalkan oleh pasangan, mula-mula tue memang susah nak lupakan seseorang tapi, kita perlu teruskan kehidupan dan apa yang terjadi tue, segala-galanya telah ditakdirkan.. Ada sebab kenapa Allah putuskan hubungan kita dengan seseorang, dan apa yang perlu kita buat, nilai diri kita dan teruskan kehidupan.. Tak perlu nak upload video untuk dedikasikan pada orang yang tinggalkan kita sebab mungkin dia pun teruskan kehidupan setelah perpisahan berlaku.. 

Hmm, Shikin nie, mana tips nya..? Adoiii.. hihi okey.. Nie adalah tips pada awak supaya menjadi matang dalam percintaan..

Bergaul dengan orang dewasa
Bergaullah dengan mereka yang berada di sekeliling awak daripada peringkat usia yang berbeza. Mesti ada perkara baik yang boleh kita teladani. Paling penting, awak perlu menjadi pendengar yang baik. Dengan cara ini, awak akan menilai kehidupan ini dengan lebih bijak.

Tingkatkan ilmu dunia dan kerohanian
Ilmu pengetahuan adalah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian sama penting dan perlu di titikberatkan. Menonton rancangan berilmiah ataupun dokumentasi di televisyen ataupun membaca buku bercirikan motivasi membuatkan awak lebih memahami kehidupan ini dan ianya juga dapat mempengaruhi hubungan cinta awak.

Baca akhbar
Luangkan sikit masa untuk membaca akhbar dengan mengikuti perkembangan semasa tapi jangan lupa untuk baca ruangan sisipan dan perkongsian mengenai kekeluargaan, perhubungan, keagamaan dan lain-lain. Daripada situ, awak boleh mengambil kira dengan nasihat yang diberikan daripada perkongsian itu.

Ubah gaya penulisan
Gaya penulisan di laman sosial, aplikasi Whatsapp atau sms perlu diubah. Jangan menggunakan ayat singkatan yang keterlaluan sehingga sukar untuk difahami ataupun lebih dikenali sebagai ayat makhluk asing. Selain tue, elakkan juga bertanyakan soalan clichè seperti 'awak sudah makan?, Makan apa?' Zaman 'cinta monyet' dah berlalu untuk awak, jadi tiba masanya untuk awak menjadi matang dalam menilai dan memahami erti cinta.

Belajar daripada pengalaman
Pengalaman itu akan mematangkan seseorang dan setiap daripada kita semua akan melalui pengalaman yang berbeza. Ambil masa untuk bermuhasabah diri dan imbas kembali kesilapan diri sendiri daripada kegagalan cinta sebelum ini. Elakkan ulangi kesilapan tersebut dan perbaiki diri.

Usah terlalu asyik bercinta
Awak perlu ingat pada diri, bukan hanya awak seorang saja yang dilamun cinta dalam dunia nie. Nak bercinta tue boleh tapi jangan abaikan tanggungjawab sebagai contoh terhadap pekerjaan ataupun terhadap keluarga seperti menolong mak dan ayah serta adik beradik.

Jadi, awak perlu menjadi matang dalam perhubungan cinta, dan percayalah apa yang berlaku pada diri awak ada hikmahnya yang tersirat..


Share:

11 comments:

  1. Bagus betul post ni. Dan mungkin salah satu punca utama ketidakmatangan dalam bercinta adalah social media sendiri. Banyak pengaruhnya. Sebab yelah, kalau kawan2 lain sibuk bercinta dan tayangkan, maka kita pun sibuklah juga nak rasa benda yg sama. Last2 bila tak menjadi, meroyan pula. Lepastu sibuk share quote2 cinta which seems to be endless and apparently annoying.

    ReplyDelete
  2. Tersentap sendiri pulak bila baca sesetangah ayat, hehe. Tapi setuju sangat dengan 2 tips akak yang bagitau bab "Bergaul dengan orang dewasa dan belajar daripada pengalaman". Memang berbeza lah dulu dan sekarang kalau bila ingat2 balik hahhaaha

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi shikin

    Hari isnin pagi pagi ni rasa lemau je


    Baca entri shikin ni terus sengih sorang sorang depan komputer

    mata yang sepet macam ankel cina tu terus jaddi bulat macam bulan purnama mengambang penuh

    Hehe

    Bercinta ni bukan macam dalam drama. Lebih indah cinta yang matang

    ReplyDelete
  4. Huhu..Betul tu..Sy bercinta at my age 16... =)..We get married 8 years that.. =)..Pengalaman dan pengetahuan mmg mematangkan sebuah perhubungan...

    ReplyDelete
  5. Hihihi....bila dah dewasa ni kalau betul pun bercinta dah lain dah...haha

    ReplyDelete
  6. Ada org muda tapi kematangannya mengamalkan org tua, begitu juga sebaiknya. Tq for tips

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, terima kasih tips kak :)

    Berkawan dengan orang tua mmg terbaik, sy jadikan mak saya sebagai rujukan walaupun bab2 cinta ni. Hehe

    ReplyDelete
  8. tips yg sgat berguna.. dulu mmg tak matang hahaha alhamdulillah.. semakin dewasa sy sedar byak perkara lgi yg lebih penting selain cinta haha..

    ReplyDelete
  9. Betul..dunia percintaan kaalu nak berkekalan kena matang...thanks diatas perkongsian

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧