✿Sahabatku✿

Follow

Tuesday, August 08, 2017

Ketahui jenis-jenis minyak wangi

Image result for perfume

Assalamualaikum wbt..
Sapa yang tak suka pada wangian..? Dalam Islam pun kita digalakkan untuk berwangi-wangian tetapi berpada-pada lah dalam berwangian nie.. Macam saya sendiri pun, memang terlalu obses dengan minyak wangi nie, hinggakan saya memakainya setiap masa, tak kira siang ke malam ke ataupun masa nak solat ke.. Kalu waktu siang, saya akan memakai sedikit saja minyak wangi agar badan tak berbau busuk.. Waktu malam pun, saya akan pakai minyak wangi jugak, hihi.. Tips nie bagus tau untuk wanita yang dah berkahwin, kena berwangian bila bersama-sama serumah dengan suami dan anak-anak.. Kalu saya nak solat pulak, saya pasti takkan lupa untuk calitkan sedikit minyak wangi (selalunya minyak atar) pada pakaian solat kerana kita kan nak mengadap Allah, dan Allah pun suka kita berwangi-wangian... Kalu kita boleh berwangi-wangian bila berjumpa dengan seseorang, kenapa kita tak boleh nak berwangian bila nak mengadap dan mengadu pada Allah, betul tak...?

Sekarang nie, pelbagai produk minyak wangi yang berada di pasaran membuatkan kita keliru untuk pilih yang sesuai untuk kita. Sebenarnya ada lima jenis minyak wangi yang berada di pasaran dan jenis nie memang berbeza bauannya, iaitu ianya mengikut kepekatannya, semakin tinggi kepekatannya maka semakin lama harumannya.. Nak tau apa jenis-jenisnya...? Jom..

Image result for perfume


Parfum
Parfum juga dikenali sebagai Extrait de Parfum atau minyak wangi tulen. Ia mengandungi kepekatan pati yang tinggi iaitu antara 20 -30 peratus dan menjadikan minyak wangi jenis ini mampu bertahan lebih lama antara 6 - 8 jam. Harganya jugak agak mahal sehingga mencecah ribuan ringgit. Minyak wangi ini sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif kerana kandungan alkoholnya lebih rendah berbanding jenis wangian yang lain, malah ia juga tidak akan mengeringkan kulit.

Eau de Parfum (EDP)
EDP ialah jenis wangian yang mempunyai kepekatan pati antara 15 - 20 peratus dan sangat popular di kalangan penggemar minyak wangi kerana harganya lebih murah jika dibandingkan denga Parfume. Harumannya boleh bertahan antara 4 hingga 5 jam dan masih boleh digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif.

Eau de Toilette (EDT)
EDT ialah istilah Perancis faire sa toilette yang membawa maksud bersiap sedia dan merupakan minyak wangi dengan kepekatan pati yang sangat ringan iaitu dalam kadar 5 hingga 15 peratus. Ia mampu bertahan selama 3 hingga 4 jam, bergantung kepada jenis kulit. Bauannya tidaklah sekuat EDP  dan ini membuatkan harganya lebih murah berbanding EDP. Biasanya minyak wangi ini hadir dalam bentuk semburan untuk aktiviti harian yang lebih kasual.

Eau de Cologne (EDC)
Asalnya EDC merujuk pada campuran minyak wangi. Kepekatan pati wangiannya paling sikit iaitu sekitar 2 hingga 4 peratus saja dan dah tentu harganya lebih murah berbanding dengan jenis wangian yang lain. Minyak wangi ini cepat berkuap dan mampu bertahan sehingga 2 jam saja kerana ia mempunyai kepekatan alkohol yang lebih tinggi. Kebiasaannya EDC didatangkan dalam botol yang besar dan biasanya dikenali sebagai dengan nama Body Mist, Body Spray  dan Body Splash.

Eau Fraiche
Jenis minyak wangi ini lebih kurang sama dengan EDC kerana harumannya boleh bertahan sehingga 2 jam saja. Ia mempunyai kepekatan pati wangian yang lebih rendah iaitu antara 1 hingga 3 peratus dan sebahagian besar kandungan di dalam minyak wangi jenis ini adalah berasaskan air. 

Image result for perfume

Okey, sekarang nie awak dah tau kan, jenis minyak wangi apa yang awak pakai sekarang..? Tapi apapun pilihan awak, kalu boleh, pilihlah jenis minyak wangi yang mesra solat.. 

Share:

7 comments:

  1. Baru tau ni.. selalu beli yang rm15 sebotol je... :-)

    ReplyDelete
  2. Ccl selalu pilih parfum dan EDP .. sekali sembur ckup thn baunya sampai ke petang

    ReplyDelete
  3. suka sgt sembur minyak wangi.. tpi bau yg lembut2 je la.. bahaya pula kalau bau kuat2 kan.. sbb dh kawin hehe

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka jugak dengan minyak wangi. Wangian yang paling digemari adalah Lancome.

    ReplyDelete
  5. Hihi perfume mahal, saya prefer EDP je, haha.

    ReplyDelete
  6. Biasa pakai EDP jerk.. Paling tak pun EDT... huhuhu..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧