Tuesday, August 08, 2017

Tips kekalkan haruman minyak wangi

Related image

Assalamualaikum wbt...
Awak tau tak, semahal mana pun minyak wangi yang awak beli, tapi jika awak salah menggunakannya, haruman minyak wangi tue akan cepat hilang bauan dan kurang segar..

Saya ada tips untuk kekalkan haruman minyak wangi, biarpun minyak wangi kita tue takdelah berharga ribuan ringgit.. Nak tahu tips..? Jom...

1) Sebelum awak membeli minyak wangi kenal pasti dulu jenis minyak wangi yang awak nak terlebih dulu. Pilih minyak wangi dan mengikut bauan kegemaran dan sesuai dengan awak. Awak jangan terikut-ikut dengan pilihan orang lain kerana mungkin bauan itu tak serasi dengan badan awak.

2) Kalu nak beli minyak wangi, awak perlu beli minyak nie pada waktu tengahari kerana waktu nie dikatakan manusia mempunyai deria bau yang paling tinggi tahapnya sekali gus membolehkan kita dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai.

3) Apabila awak nak mencuba minyak wangi, jangan gosok kedua-dua pergelangan tangan kerana cara ini sebenarnya boleh memecahkan molekul minyak wangi dan membuatkan bauannya cepat hilang, dan hasilnya wangian nie takkan bertahan lama. Sebaiknya biarkan ianya kering sendiri di pergelangan tangan awak.

4) Semburkan minyak wangi paling kurang satu jam sebelum awak keluar bagi membolehkan minyak wangi itu mesra dengan kulit kita.

5) Minyak wangi berkesan pada kulit yang hangat dan mempunyai aliran tubuh yang baik. Semburkan minyak wangi pada belakang telinga, nadi pada sendi tangan, tepi leher, bawah dada, celah paha dan siku.

Image result for perfume

6) Bagi memastikan minyak wangi kita tahan lebih lama, jangan simpan minyak wangi di tempat yang lembap serta panas kerana haba, cahaya dan kelembapan akan memusnahkan molekul minyak wangi itu, selain mengurangkan kualiti harumannya. Sebaiknya simpan minyak wangi ini di tempat yang gelap dengan kadar bersuhu bilik, iaitu tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.

7) Jangan sembur minyak wangi terus pada rambut kerana ia akan membuatkan rambut menjadi kering. Sebaiknya sembur minyak wangi pada sikat sebelum awak menyikat rambut.

8) Jangan sembur minyak wangi pada barangan kemas ataupun pada jam tangan kerana unsur kimia yang terdapat dalam minyak wangi ini akan mempengaruhi bauannya apabila ianya bercampur, selain dapat mengelakkan aksesori awak mudah rosak.

9) Semburkan minyak wangi selepas mandi dan sebelum awak memakai pakaian. Kelembapan pada kulit akan membantu mengekalkan bauannya, selain mengaktifkan haba semula jadi pada tubuh apabila ianya disemburkan terus pada tubuh.

Okey, dah tau kan camne nak kekalkan haruman minyak wangi..? Cubalah..

11 comments:

  1. penerangan yang sangat detail. selama ini GV main sembur je minyak wangi. huhu. Skang dah tahu kalu nak beli minyak wangi, better pergi tengah hari sebab masa tu deria hidu kita berada di tahap tertinggi. Good info kak Shikin. Terbaik. :D

    ReplyDelete
  2. Nice info... patut kena beli tengahari ya... selalu beli malam...

    ReplyDelete
  3. Baru tahu takleh gosok-gosok tangan waktu nak pakai minyak wangi. Hihi

    Thankx atas info

    ReplyDelete
  4. Bagus tips ini . Ccl selalu sembur kat tepi leer . Kat pegelangan tangan selalu jugak .

    ReplyDelete
  5. banyak info yg baru tahu ni. tq share

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah boleh praktikkan ni..terima kasih sharing..

    ReplyDelete
  7. no3 tu kesalahan yg plg selalu buatt

    ReplyDelete
  8. Oo.. rupanya tak boleh gosok2 kat Tangan ye. Baru tau

    ReplyDelete
  9. Banyak yg saya belajar masa kerja kat kedai minyak wangi dulu, ehehe. Kadang2 kita bau kat kedai macam wangi tapi bila pakai tak pula, sbb tak sesuai dgn bau kita la tu kan, huhuhu.

    ReplyDelete
  10. Lepasni kena beli minyak wangi time tengahri.

    ReplyDelete
  11. Penerangan yg cukup lengkap.. Good sharing shikin..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧