Tips fesyen untuk lelaki rendah

Thursday, September 21, 2017

Image result for david beckham fashion

Assalamualaikum wbt..
Hihi baru perasan, hari nie entri saya berkisarkan dunia lelaki jea, kan...Takpelah, baru nampak seimbang dengan entri dunia wanita, nanti orang kata saya nie berat sebelah pulak kan.. Saya ada terjumpa satu artikel menarik untuk dikongsikan dengan abang-abang dan adik-adik, mungkin kakak-kakak ataupun adik-adik boleh bagitau pada suami atau mahram dia, kan.. 

Fesyen.. Perkataan nie memang sinonim sangat dengan kaum wanita tapi pada zaman yang serba canggih nie, kaum lelaki jugak dah pandai berfesyen, contohnya macam David Beckham ataupun Awal Ashaari... Tapi ada jugak antara kita nie gemar mengikut fesyen dan gaya orang lain tanpa mengira bentuk fizikal diri sendiri. Bukanlah kita takleh ikut fesyen semasa tapi bila ada kesilapan dalam memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk fizikal membuatkan ada di antara memberi komen yang pedas dan memedihkan.. Mesti sakit telinga kita mendengarnya kan.. 

Tips yang saya nak kongsikan nie adalah untuk lelaki yang berketinggian rendah, supaya orang lain akan nampak, walaupun rendah tapi nampak handsome dan rapi jika bijak bergaya... Jom kita selidik..

👔Corak menegak bersaiz kecil - Awak tak perlu memakai sut untuk kelihatan segak. Bju t-shirt jika kena dengan si pemakainya juga dah cukup untuk menyerlahkan gaya seseorang. Namun jika ingin memakai sut, awak perlu memilih corak menegak yang bersaiz kecil.

👔Pilih saiz ikut badan - Jangan pilih baju yang terlalu kecil untuk saiz badan awak. Sebaliknya, pilih saiz baju yang sesuai dengan badan awak dan nampak sedikit longgar. Kalau awak pilih baju yang terlalu ketat nanti badan awak akan nampak menjadi halus, dok comey kata orang Tranu...

👔Aksesori - Pilih aksesori seperti tali leher, jam dan tali pinggang dengan memilih sedikit kecil. Gunakan skinny tie untuk tampil meriah dengan gaya awak.

👔Seterika seluar - Pastikan seluar awak diseterika kerana bagi lelaki yang berketinggian rendah bila pakai seluar yang tak diseterika akan menyebabkan bentuk fizikalnya kurang menarik dan nampak tak terurus.

👔Pilih jaket yang sesuai - Pilih sehelai jaket yang mempunyai 1 ataupun 2 butang sahaja untuk bermain dengan mata orang di sekeliling. Jadi awak akan dapat menutup keadaan fizikal awak dan berjalanlah dengan yakinnya.

👔Elak pakai kasut bertapak tinggi - Awak perlu elakkan memilih dan memakai kasut yang mempunyai tapak tinggi untuk tampak tinggi. Ia sememangnya tak membantu tapi sebaliknya membuatkan orang sekelilng asyik terpandang kasut awak sehinggalah awak akan menjadi tak selesa bila jadi tumpuan orang.

👔Jangan beli baju saiz besar - Awak perlu mengelak untuk membeli pakaian yang bersaiz besar dan terlalu longgar. Ia bukannya membantu awak untuk nampak lebih besar tapi hakikat yang sebenar ianya membuatkan awak lebih kecil dan kelihatan seperti kanak-kanak.

👔Hindarkan warna terang - Elakkan mengenakan pakaian yang berwarna terang kerana ia menampakkan fizikal awak yang rendah tue dengan lebih ketara lagi.


Semoga ianya memberi manfaat..

14 comments

  1. Good info Shikin especially kpd lelaki rendah.. Mereka boleh apply fesyen ni untuk bergaya..

    ReplyDelete
  2. Boleh digunakan jgk tips ni utk sy sbb sy rendah. Hee

    ReplyDelete
  3. memang tips yg sy tgh cari sbb abe kie mmg rendah n gempal. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. nice tips. nanti boleh la share dengan kawan kawan hehe

    ReplyDelete
  5. laki akak pun rendah... sesuai sgt tips ni... hehe

    ReplyDelete
  6. bagus tips ni, aira perasan kalau pakai colour terang memang nampak sangat orang tu rendah. hehe

    ReplyDelete
  7. Tips fesyen utk perempuan rendah ada tak?

    ReplyDelete
  8. tetiba teringat zaman anak dara dulu. syarat cari suami mesti kena lebih tinggi dari diri sendiri hehe

    ReplyDelete
  9. bagus juga entry ni, membantu lelaki kekal bergaya ...

    ReplyDelete
  10. Wah bagus lah post ni. Org lelaki pun nak tau juga ttg fesyen diorg

    ReplyDelete
  11. Tips yg sgt membantu para lelaki utk tampil bergaya dan yakin.

    ReplyDelete
  12. Insyallah mbantu mereka kaum adam utk tampil lebih bkeyakinan walau pun fizikal rendah kan sis =)

    ReplyDelete
  13. hehee sangat membantu.. seb bek bukan lelaki.. ekeke..

    ReplyDelete
  14. terbaik.
    asben aida sederhana.
    tu pun kekadang aida yg pilih kan pakaian dia :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧